Monday, December 28, 2009

Peniaga Medan Pelancong Kuantan berdialog dengan YAB MB Pahang

Peniaga-peniaga di Medan Pelancong Kuantan lega dan berpuas hati dapat berjumpa, beramah mesra dan berdialog dengan YAB Menteri Besar Pahang. Dialog itu diadakan di Bilik Gerakan Negeri Wisma Sri Pahang pada 28hb Disember 2009 mulai jam 3.00 petang. Seramai lebih kurang 150 telah hadir yang terdiri daripada peniaga-peniaga Medan Pelancong, pegawai-pegawai Pasdec dan MPK serta pegawai Pejabat YAB Menteri Besar Pahang. YAB Menteri Besar telah mendengar keluhan, permintaan serta harapan mereka dan berjanji akan mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan permintaan peniaga-peniaga itu.

Friday, December 4, 2009

Salam perkenalan


Salam Perkenalan khusus buat warga UMNO Pahang Darul Makmur.
Blog ini akan mengkhususkan tentang apa yang sedang dan akan berlaku di Konvensyen UMNO Pahang yang dijadualkan pada 19hb hingga 21hb Februari 2010 di Kampus UiTM Pahang, Bandar Tun Razak Jengka, Pahang
SALAM PERKENALAN dari kami warga Pembela Rakyat.